Bulan 7 baru-baru ini , Pihak penyelia adik-adik tamhidi iaitu diantara mereka ialah Ustaz Mat syaril telah menganjurkan sebuah rehlah ke Taman Pertanian Sekayu bagi Adik-adik Tamhidi.

Kelas tamhidi telah mula ditubuhkan pada tahun 2009.Kelas ini adalah merupakan kelas Pra -I'dadie yang mana hanya mengajarkan 4 maddah shj.iaitu Al-quran,Bahasa Arab,Fardhu Ain dan Tajwid..(Kalau xsilap laa)..Tenaga Pengajarnya pun hanya 4 Orang iaitu Ustaz Al-anas Abdullah,Ustazah Masyitah,Ustazah Hajar Hijriah dan Ustazah Tuan Syarifah Faridah.

Penubuhan kelas Tamhidi adalah disebabkan terdapat pelajar2 dq yang masih merangkak dalam membaca Al-quran,fardhu ain serta bahasa arab.

Kembali kpd tajuk, Rombongan rehlah mula bergerak menuju ke Taman Pertanian Sekayu pada jam 8.30 pagi dgn menggunakan Sebuah Bas (Banin banat) dan sebuah van.Beberapa orang ustaz turut menjadi guru pengiring iaitu Ustaz Mat syaril,ustaz Razman,dan Ustaz Mat Rani.

Setiba rombongan ke sana,mereka diberi sarapan pagi bermakanankan nasi lemak tea 0'.Pahtu diorang pakat terjun ke kolam....Tergambar keceriaan dan kegembiraan di wajah adik-adik. Perjuangan mereka di Darul Quran masih panjang..mrk akan tetap di DQ selama 8 Tahun kalau diorang istiqomah laa..

Tidak puas mandi di Kolam,adik2 turut diajak mandi di Sungai yang sejuk dan berpacat..hahhah.

Ketika di Sungai mereka telah disajikan dengan sedikit tazkirah oleh ustaz Mat syaril dan Ustaz Razman.Antara pesan ustaz Razman ialah "What you get is What You See".Kemudian adik-adik menunaikan solat zohor di sebuah pondok atas bukit.

Kemudian Mereka disajikan makanan tengahari yang diimport oleh ustaz Rozi dan K.rodhi bermenukan ayam pedas dan nasi putih...dah Penat2 mandi mestilaa lapar kan..Turut menjadi makanan ringan ialah buah-buahan duku,manggis..

Selepas tu adik-adik kembali terjun ke kolam..dan kali ni,ada slot permainan yang dihandle oleh ustazah Hajar yg turut same dijatuhkan ke kolam dgn pujuk rayu adik-adik. Al-maklum laa dah bertitlle ustazah..malu la sket nk terjun kolam...Maka alkisahnya berkejaran la ustazah dan anak murid dlm kolam..

Sementara tu Ajk banin yang turut diajak sama ke rehlah ini dikehendaki membakar ayam untuk adik-adik..Ustaz Mat telah mengarahkan 2 org pengawas banin banat sbg Ajk program. Yang pengawas banat ,ketua pengawas dan setiusaha.diorang berdua ni ditugaskn untuk menjaga keselamatan adik2 dr sebarang kecederaan dan binatang2 buas mcm pacat...hahhaa

Selepas menjamu ayam Bakar,,ade adik2 yg terjun semula ke kolam,,ada yg bersiap2 untuk solat asar terus...Apepun program berakhir slps solat asar..

Harapan pihak editor agar adik-adik Tamhidi lebih tabah dlm menghadapi liku2 hidup mereka di Darul Quran.mcm2 dugaan ada kat sini.So..hati2 memilih kawan dan jgn terjebak dgn gejala2 yang tidak elok.








Read More
Posted by Editor MdarQu on Saturday, September 5, 2009


Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu