16 Ogos 2009- Demikianlah sambutan Idul Ilmi yang berlangsung selama 2 hari pada kali ini. Cukup meriah dengan pelbagai pembaharuan seperti Warna dewan yang telah dicat dengan color kuning.Manakala tikor getah diganti dengan karpet biru yang senantiasa disembur2 Febreze.

Acara pertama yang dianjurkan ialah Majlis Jamuan sambil menderma bagi mengisi tabung Ihtifal Idul Ilmi yang juga turut disalurkan bagi pelajar robe' yang akan menyambung pelajaran mereka nanti.

Turut diselitkan sebagai penyeri Ihtifal adalah Pondok pameran yang menempatkan maklumat2 mengenai Maahad Darul Quran , serta hasil3 karya pelajar antaranya ialah , replika landskap , replika masjid , Wau bulan , Seni Khat, Potret , kraftangan dan sebagainya.Sape yg datang melihat tahu laa.

Pada Jumaat malam, pihak MDQ telah menganjurkan malam kesenian Islam dengan menampilkan beberapa artis yang femous kat Terengganu dan Kuala Lumpur.Antarnya ialah Kumpulan nasyid As-saufee , kumpulan nasyid Iq-One , Adik Sadiratul Husna yang mempersembahkan suara-suara merdu masing2.

Turut diadakan ialah persembahan Silat Gayong dan Tomoi dari Kelab Waja MDQ bawah seliaan Ustaz Zakari.

Acara kemuncaknya adalah pada hari sabtu iaitu majlis pembahagian sijil yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

6 MUMTAZAH SYAHADAH TSANAWIAH 2009

  1. Masyitah Abdul Majid dengan 95.**% (Rekod Baru)

  2. Nurul Aisyah Yahya dengan 89.**%

  3. Karimah Mohamad dengan 88.**%

  4. Nurul Hafizah Syaari 87.**%

  5. Hajar Azemi dengan 86.**%

  6. Aisyah Syafie dengan 85.15%
(result ni seingat2 je..klu salah kabo)

Read More
Posted by Editor MdarQu on Saturday, August 22, 2009







30 Julai hingga 1 Ogos 2009- Kombinasi PPDQ tsanawi tiga banin wal banat telah menjayakan sebuah program yang dianggap program tahunan semenjak tahun 2005 lagi iaitu "Akademi Kepimpinan Pelajar".

AkP Musim ke-5 fasa pertama ini telah dilangsungkan di perkarangan Maahad Darul Quran. Kira2 85 lebih peserta banin dan banat yang menyertai program ini.Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam kali ini begitu mendapat sambutan berbanding tahun2 yang sebelumnya.Sebelum ini,ada2 sahaja adik2 peserta yang tembor program tapi kali ni dengar2 2 orang sahaja yg gugur dari akademi ini, akan tetapi 2org ni telah insaf dan masuk balik program akp.macam2....

Bertemakan "Menjana Ilmu Menggarap Kepimpinan" , para peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu kepimpinan sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendaie kelak..Mereka dididik untuk berani tampil ke hadapan serta membicarakan apa yang ada dalam pengetahuan mereka.

Turut diselitkan slot-slot yang mencabar serta menguji kesabaran dan keimanan. Seperti slot kene marah , kene lesek tepung+air+perisa jagung kat muka..hahha..kene ragging habisa-habisan dan sebagainya lagi la yang dikatakan menguji..

Akhirnya,pihak editor mengharapkan impak yang terbaik dari adik2 peserta agar dapat mengadaptasikan ilmu2 tersebut ke dalam diri-diri mereka supaya mereka inilah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan kelak.InsyaAllah..




p/s: gambor banat je ade,,sori dess!

Read More
Posted by Editor MdarQu on Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum Wbt..

Kelmarin,ana dan beberapa rakan dikalangan pelajar tsanawi 3 pergi menziarahi ayah Su a.k.a ustaz Nu'man Hj.Awang.Beliau merupakan salah seorang daripada tenaga pelajar di Maahad Darul Quran.

Lebih sebulan juga ayah su menderita penyakit kencing manis.Namun alhamdulillah, kesihataan ayah Su semakin baik.Penyakit kencing manis semakin kurang.Mungkin dalam minggu depan Ayah Su akan kembali mengajar di MDQ sebagai guru Bahasa Melayu.

Jadi,sama-sama kita doakan kesihatan ayah Su dan asatizah dan ustazat yang lain.

"Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati"

Read More
Posted by Editor MdarQu on Thursday, August 6, 2009


Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu