16 Ogos 2009- Demikianlah sambutan Idul Ilmi yang berlangsung selama 2 hari pada kali ini. Cukup meriah dengan pelbagai pembaharuan seperti Warna dewan yang telah dicat dengan color kuning.Manakala tikor getah diganti dengan karpet biru yang senantiasa disembur2 Febreze.

Acara pertama yang dianjurkan ialah Majlis Jamuan sambil menderma bagi mengisi tabung Ihtifal Idul Ilmi yang juga turut disalurkan bagi pelajar robe' yang akan menyambung pelajaran mereka nanti.

Turut diselitkan sebagai penyeri Ihtifal adalah Pondok pameran yang menempatkan maklumat2 mengenai Maahad Darul Quran , serta hasil3 karya pelajar antaranya ialah , replika landskap , replika masjid , Wau bulan , Seni Khat, Potret , kraftangan dan sebagainya.Sape yg datang melihat tahu laa.

Pada Jumaat malam, pihak MDQ telah menganjurkan malam kesenian Islam dengan menampilkan beberapa artis yang femous kat Terengganu dan Kuala Lumpur.Antarnya ialah Kumpulan nasyid As-saufee , kumpulan nasyid Iq-One , Adik Sadiratul Husna yang mempersembahkan suara-suara merdu masing2.

Turut diadakan ialah persembahan Silat Gayong dan Tomoi dari Kelab Waja MDQ bawah seliaan Ustaz Zakari.

Acara kemuncaknya adalah pada hari sabtu iaitu majlis pembahagian sijil yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

6 MUMTAZAH SYAHADAH TSANAWIAH 2009

  1. Masyitah Abdul Majid dengan 95.**% (Rekod Baru)

  2. Nurul Aisyah Yahya dengan 89.**%

  3. Karimah Mohamad dengan 88.**%

  4. Nurul Hafizah Syaari 87.**%

  5. Hajar Azemi dengan 86.**%

  6. Aisyah Syafie dengan 85.15%
(result ni seingat2 je..klu salah kabo)

Posted by Editor MdarQu on Saturday, August 22, 2009

0 comments

Post a Comment



Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu