20 Julai 2009- Kombinasi Lujnah Tarbiyyah Banin wal Banat telah menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan Asrama Banat.Bersempena mengingati tarikh 27 Rejab iaitu peringatan kisah Isra' Mi'raj,Lujnah Tarbiyyah telah mewajibkan kepada semua pelajar agar berpuasa pada tarikh tersebut.

Majlis berbuka puasa bermula jam 6.00 petang.Pihak banat mengadakan majlis berbuka mereka di Dewan Makan dan tazkirah sebelum berbuka telah dikendalikan oleh Al-fadhil Ustaz Al-Anas.Manakala banin berbuka puasa di hadapan Pentas Budaya.Sebelum pelajar banin berbuka mereka mengadakan sesi zikrullah.

Untuk pengetahuan semua,makanan berbuka pada petang itu adalah:

  1. Nasi kawah
  2. Sup Ayam
  3. Timun batang
  4. Agar-agar merah,hijau,pink
  5. Donat cute

"Semoga Allah menerima puasa kami semua...Amin"

Read More
Posted by Editor MdarQu on Monday, July 20, 2009


20 Julai 2009- Pihak Ma'had Darul Quran telah menganjurkan satu lawatan ilmiyyah bagi pelajar-pelajar Tahfiz ke Kelantan.Rombongan ini mula bertolak pada jam 8.00 pagi dengan menaiki 2 buah van.

Rombongan yang membawa 20 orang pelajar Tahfiz banin dan banat ini juga turut disertai oleh beberapa orang para ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Razman selaku penyelia pelajar tahfiz,ustaz mohamad Rani,Ustaz Rozi, Ustaz Ahmad Syukri, Ustaz Mat Saril, Ustaz Jusuh ,Ustazah Halimah Sa'diah dan Ustazah Naaila.
Buat pengetahuan semua,Ma'had Darul Quran telah membuka sebuah kelas Tahfiz semenjak awal tahun 2009.Sebagai permulaannya,kelas ini diduduki oleh 11 orang pelajar banin dan 11 orang pelajar banat..Sistem pembelajaran kelas tahfiz cukup berbeza daripada sistem pembelajaran i'dadi dan tsanawi.Mereka menghafal Al-quran dan mempelajari kitab-kitab lain mengikut silibus pelajar i'dadi satu(kalau x silap).
Bagaimanapun,sidang editor mendoakan agar kelas tahfiz makin maju dan cemerlang. Sekaligus merealisasikan motto Ma'had Darul Quran iaitu ke arah melahirkan generasi Al-quran yang unggul. InsyaAllah.


Read More
Posted by Editor MdarQu on


10 Julai 2009- Hal Ehwal Pelajar yang kini dipegang oleh pemangkunya,Ustaz Razman Awang telah bersetuju untuk mengadakan jamuan bagi mencari dana yang akan menampung program-program Badan Disiplin dan Persatuan Pelajar Darul Quran.

Berikutan penangguhan program dibawah Badan Disipilin yang disebabkan oleh kesempitan wang, satu suara telah mencadangkan agar diadakan jamuan sambil menderma bagi menampung program tersebut dan program akan datang.

Tenaga yang digunakan dalam melicinkan gerak kerja jamuan tidak lain tidak bukan adalah kombinasi tenaga dari Badan Pengawas dan Persatuan Pelajar.Oleh kerana gandingan yang cukup padu ini,majlis jamuan berjaya ditamatkan sebelum jam 11.30 petang setelah lauk-pauk kehabisan dan tong dana kian penuh.

Majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid Rusila pada hari jumaat.Menu pada jamuan tersebut adalah:


  1. Gulai Ayam

  2. Acar Timun

  3. Sambal belacan

  4. Air Sirap

Read More
Posted by Editor MdarQu on Friday, July 10, 2009


"Hiburan tiada salahnya"

7 Julai 2009-Lujnah Penerangan banat baru-baru ini telah menganjurkan sebuah audition bagi memilih suara-suara merdu yang akan mewarnai pentas Darul Quran.

Audition tersebut berlangsung di Musolla banat bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.Peserta-peserta yang layak bertanding hanya 27 orang sahaja,sekalipun disana masih tersorok insan-insan yang mempunyai suara yang lebih asyik dari suara para peserta... Bagaimanapun,mereka ini sahaja yang berselera untuk menyumbangkan sedikit-sebanyak cuara yang akan menghiburkan puteri-puteri Darul Quran.

Panel hakim yang mengadili audition tersebut telah dijemput khas dari Kampung Alor Jambu iaitu Ustazah Najihah Asli dan Ustazah Tuan Syarifah Faridah, dari Batu Rakit.Kedua mereka ini tenaga pengajar Darul Quran belake..Dalam Audition ini,Panel Hakim turut menunjukkan bakat suara sedap mereka kepada adik-adik.

Pelbagai gelagat yang terpaksa ditonton semasa sesi Uji Bakat.Ada peserta yang tersipu-sipu malu,ada yang suara terketar-ketar,ada juga yang berjoget terhuyung-hayang.Tidak lupa yang SENGAL dan tak ingat LIRIK.

Read More
Posted by Editor MdarQu on Tuesday, July 7, 2009

Sabtu, 4 Julai 2009- pihak Lujnah Ilmiyyah Banat telah menganjurkan sebuah kursus khas untuk pembacaan dan penulisan bahasa jawi.'Kursus Celik Jawi' tersebut telah diadakan di Bangunan Markaz Unit Peti Undi Rusila.

Sebagaimana tahun-tahun yang sebelumnya,Kursus Celik Jawi merupakan inisiatif daripada Lujnah Ilmiyyah bagi memantapkan kemahiran membaca serta menulis Jawi dikalangan pelajar-pelajar baru.

Sasaran kursus ini adalah pelajar-pelajar kemasukan 2009 kecuali Adik-adik Tamhidi yang telah mempunyai kelas Jawi khusus.Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Ustazah Maimun Bte Haji Ibrahim, pengasas Kelas Bimbingan Iqra' Tok Jiring.

Kursus ini turut disertai oleh Pelajar Tsanawi Tiga yang bertugas sebagai fasilitator program.

Read More
Posted by Editor MdarQu on Saturday, July 4, 2009



Pada 28 Mei 2009,para pelajar Maahad Darul Quran telah berjaya melepasi medan peperiksaan Pertengahan Tahun bagi sesi 2009.Sehingga kini,keputusan masih belum diketahui oleh para pelajar melainkan Pelajar Robi' Tsanawi sahaja.

Alhamdulillah,pada 2 Julai 2009,keputusan tersebut telah berjaya dikeluarkan secara keseluruhan dan insyaAllah akan dipost kepada ibu bapa pelajar. Sidang Editor merakamkan sekalung tahniah kepada yang berjaya di dalam imtihan baru-baru ini,dan mengharapkan bagi yang kurang berjaya agar teruskan berusaha.

p/s:Dengar-dengar kata la,,banin still xleh pintas banat tahun ni.Mumtaz lek banat lebih banyak akan tetapi banin tsanawi boleh berbangga sebab xdok sorang dikalangan tsanawi 1 dan 2 yang tidak lulus.

Read More
Posted by Editor MdarQu on Thursday, July 2, 2009


Read More
Posted by Editor MdarQu on Thursday, June 25, 2009


Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu