20 Julai 2009- Pihak Ma'had Darul Quran telah menganjurkan satu lawatan ilmiyyah bagi pelajar-pelajar Tahfiz ke Kelantan.Rombongan ini mula bertolak pada jam 8.00 pagi dengan menaiki 2 buah van.

Rombongan yang membawa 20 orang pelajar Tahfiz banin dan banat ini juga turut disertai oleh beberapa orang para ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Razman selaku penyelia pelajar tahfiz,ustaz mohamad Rani,Ustaz Rozi, Ustaz Ahmad Syukri, Ustaz Mat Saril, Ustaz Jusuh ,Ustazah Halimah Sa'diah dan Ustazah Naaila.
Buat pengetahuan semua,Ma'had Darul Quran telah membuka sebuah kelas Tahfiz semenjak awal tahun 2009.Sebagai permulaannya,kelas ini diduduki oleh 11 orang pelajar banin dan 11 orang pelajar banat..Sistem pembelajaran kelas tahfiz cukup berbeza daripada sistem pembelajaran i'dadi dan tsanawi.Mereka menghafal Al-quran dan mempelajari kitab-kitab lain mengikut silibus pelajar i'dadi satu(kalau x silap).
Bagaimanapun,sidang editor mendoakan agar kelas tahfiz makin maju dan cemerlang. Sekaligus merealisasikan motto Ma'had Darul Quran iaitu ke arah melahirkan generasi Al-quran yang unggul. InsyaAllah.


Posted by Editor MdarQu on Monday, July 20, 2009

1 Responses to Lawatan Mahabbah Pelajar Tahfiz

  1. smoga dq terus maju!!

     

Post a Comment



Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu