10 Julai 2009- Hal Ehwal Pelajar yang kini dipegang oleh pemangkunya,Ustaz Razman Awang telah bersetuju untuk mengadakan jamuan bagi mencari dana yang akan menampung program-program Badan Disiplin dan Persatuan Pelajar Darul Quran.

Berikutan penangguhan program dibawah Badan Disipilin yang disebabkan oleh kesempitan wang, satu suara telah mencadangkan agar diadakan jamuan sambil menderma bagi menampung program tersebut dan program akan datang.

Tenaga yang digunakan dalam melicinkan gerak kerja jamuan tidak lain tidak bukan adalah kombinasi tenaga dari Badan Pengawas dan Persatuan Pelajar.Oleh kerana gandingan yang cukup padu ini,majlis jamuan berjaya ditamatkan sebelum jam 11.30 petang setelah lauk-pauk kehabisan dan tong dana kian penuh.

Majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid Rusila pada hari jumaat.Menu pada jamuan tersebut adalah:


  1. Gulai Ayam

  2. Acar Timun

  3. Sambal belacan

  4. Air Sirap

Posted by Editor MdarQu on Friday, July 10, 2009

1 Responses to Jamuan Cari Dana Organisasi

  1. Anonymous Says:
  2. hoho..
    sedap 2..

     

Post a Comment



Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu