Sabtu, 4 Julai 2009- pihak Lujnah Ilmiyyah Banat telah menganjurkan sebuah kursus khas untuk pembacaan dan penulisan bahasa jawi.'Kursus Celik Jawi' tersebut telah diadakan di Bangunan Markaz Unit Peti Undi Rusila.
Sebagaimana tahun-tahun yang sebelumnya,Kursus Celik Jawi merupakan inisiatif daripada Lujnah Ilmiyyah bagi memantapkan kemahiran membaca serta menulis Jawi dikalangan pelajar-pelajar baru.
Sasaran kursus ini adalah pelajar-pelajar kemasukan 2009 kecuali Adik-adik Tamhidi yang telah mempunyai kelas Jawi khusus.Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Ustazah Maimun Bte Haji Ibrahim, pengasas Kelas Bimbingan Iqra' Tok Jiring.




0 comments