26 Julai 2009-Badan Disipilin Maahad Darul Quran telah menganjurkan satu program khusus buat pelajar-pelajar istimewa.Program tersebut telah diadakan di Taman Pertanian Sekayu.Kem ini diadakan selama 2 hari 1 malam.

Sasarannya adalah pelajar yang mempunyai rekod disiplin dan yang terpilih antara mereka hanyalah 40 dari banin dan 41 dari banat.Perjalanan ke Tapak program bermula sebaik sahaja solat zohor di MDQ.

Program ini dipimpin oleh beberapa orang guru yang merupakan guru disiplin antaranya ialah ustaz Mat saril,Ustaz Razman, Ustaz Mat Rani, Ustazah Hajar,Ustazah Akmal, ustazah Tuan Syarifah Faridah.

Pihak penganjur turut menjemput beberapa orang fasilitator daripada Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI).Manakala Ajk program dikutip dari kalangan ppdq dan pengawas.
Program diisi dengan kuliah sebagai tazkirah nafsi,slot riadhah sebagai pengukuh ukhuwah diakalangan peserta.Slot jungle racking turut diisi bagi menguji ketahanan fizikal peserta. Malam kesenian pun ada.

Pihak editor mengharapkan kepada para peserta agar dapat menerapkan segala ilmu-ilmu baik yang diperolehi daripada Kem tersebut.Dan bertukar menjadi seorang pelajar yang soleh bila pulang ke sekolah.

Posted by Editor MdarQu on Saturday, July 25, 2009

0 comments

Post a Comment



Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu