Menjelang 1 Julai 2009 baru-baru ini,Pelajar Tsanawi Empat mula bersiap-siaga dengan segala kekuatan akal dan tangan bagi memulakan langkah yang paling getir bagi mereka sepanjang 7 tahun mereka di Darul Quran ini iaitu "Peperiksaan Sijil Shahadah Tsanawiah".

Sebelum ini pelajar Tsanawi Empat telah pun berjaya menduduki Peperiksaan Percubaan. Berdasarkan penilaian daripada Trial Exam Robe' Tsanawi tersebut, dilihat banyak persaingan dikalangan pelajar robe' yang masing-masing merebut status 'Mumtazah'.Bagaimanapun natijah peperiksaan Percubaan tidak bermakna yang terkedepan terus terkedepan tanpa dipintas oleh pelajar yang terkebelakang dalam Trial Exam tersebut.

Signal persaingan yang dinyalakan cukup hebat.Selama ini kedudukan No.1 yang diduduki oleh ukhti Masyitah Abdul Majid tidak pernah dijejas oleh pelajar robe' lain,namun shahadah kali ini mencetuskan persoalan kedudukan N0.1 setelah melihat kepada usaha yang dimainkan oleh pelajar robe'.
Tambahan lagi,tiap-tiap malam pelajar-pelajar robe' mendirikan solat hajat mendoakan kejayaan mereka.Solat Jemaah bersama adik-adik juga tidak dilupakan sekalipun dihimpit masa.

dan hari ini,20 Julai 2009, Kemerdekaan sebenar telah menyorak riang di hati mereka.Madah akhlak diletak sebagai madah terakhir agar seme pelajar robe' berakhlak mulia belake(kata ustaz laa).Harap-harap gitulaa...Allahu Akbar!

Akhirnya Sidang Editor mendoakan kejayaan kakak-kakak serta abang-abang robe' tsanawi.

Posted by Editor MdarQu on Tuesday, July 21, 2009

1 Responses to Peperiksaan Sijil Syahadah Tsanawiah

  1. smoga najah mengiringi kalian..

     

Post a Comment



Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Harakah Online

Hadits Shahih Al Bukhari 2

Inteam-Redha

Rakan MdarQu