
Penulis sekadar joging je,,
Almaklum la.berlari pun buat sakit badan,tu pun mustahil menang punyer

Jaga checkpoint je ke?jom la berlari same..

Mengimbau Kenangan yang Makin Berlalu, Agar ia tetap diingati.Cetusan Pena disisi Penulis Robe' Tsanawi'10
5 SEP 2009
SANAA,YAMAN, Rombongan DQ ke bumi Anbiya' (Republik Islamik Yaman) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan) pada 5 Sep 2009 (Sabtu) lalu. Menurut sumber berita, semasa keluar dari balai ketibaan, kesemua mereka selamat dan disambut oleh pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dan ex pelajar DQ yang masih menuntut di Yaman.
Sebagai makluman kembali, rombongan DQ tersebut merupakan 14 orang pelajar Banin DQ yang akan mendaftar diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam pengkhususan pengajian pendidikan Islam di Universiti Sains dan Teknologi Yaman dan Universiti Al-iman.
Turut serta dalam rombongan tersebut 3 orang asatizah DQ -Us. Hj. Mohd Rozman(HEP-MDQ, Us. Hj. Mat Saril dan Cikgu Mohd Sabri. Bersamalah kita berdoa kalian semua mendapat rahmat dari Ilahi serta dipermudahkan segala urusan di sana, amin. -admin http://mdarulquran.net.my
16 Ogos 2009- Demikianlah sambutan Idul Ilmi yang berlangsung selama 2 hari pada kali ini. Cukup meriah dengan pelbagai pembaharuan seperti Warna dewan yang telah dicat dengan color kuning.Manakala tikor getah diganti dengan karpet biru yang senantiasa disembur2 Febreze.
Acara pertama yang dianjurkan ialah Majlis Jamuan sambil menderma bagi mengisi tabung Ihtifal Idul Ilmi yang juga turut disalurkan bagi pelajar robe' yang akan menyambung pelajaran mereka nanti.
Turut diselitkan sebagai penyeri Ihtifal adalah Pondok pameran yang menempatkan maklumat2 mengenai Maahad Darul Quran , serta hasil3 karya pelajar antaranya ialah , replika landskap , replika masjid , Wau bulan , Seni Khat, Potret , kraftangan dan sebagainya.Sape yg datang melihat tahu laa.
Pada Jumaat malam, pihak MDQ telah menganjurkan malam kesenian Islam dengan menampilkan beberapa artis yang femous kat Terengganu dan Kuala Lumpur.Antarnya ialah Kumpulan nasyid As-saufee , kumpulan nasyid Iq-One , Adik Sadiratul Husna yang mempersembahkan suara-suara merdu masing2.
Assalamualaikum Wbt..
Kelmarin,ana dan beberapa rakan dikalangan pelajar tsanawi 3 pergi menziarahi ayah Su a.k.a ustaz Nu'man Hj.Awang.Beliau merupakan salah seorang daripada tenaga pelajar di Maahad Darul Quran.
Lebih sebulan juga ayah su menderita penyakit kencing manis.Namun alhamdulillah, kesihataan ayah Su semakin baik.Penyakit kencing manis semakin kurang.Mungkin dalam minggu depan Ayah Su akan kembali mengajar di MDQ sebagai guru Bahasa Melayu.
Jadi,sama-sama kita doakan kesihatan ayah Su dan asatizah dan ustazat yang lain.
"Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati"
Menjelang 1 Julai 2009 baru-baru ini,Pelajar Tsanawi Empat mula bersiap-siaga dengan segala kekuatan akal dan tangan bagi memulakan langkah yang paling getir bagi mereka sepanjang 7 tahun mereka di Darul Quran ini iaitu "Peperiksaan Sijil Shahadah Tsanawiah".
Sebelum ini pelajar Tsanawi Empat telah pun berjaya menduduki Peperiksaan Percubaan. Berdasarkan penilaian daripada Trial Exam Robe' Tsanawi tersebut, dilihat banyak persaingan dikalangan pelajar robe' yang masing-masing merebut status 'Mumtazah'.Bagaimanapun natijah peperiksaan Percubaan tidak bermakna yang terkedepan terus terkedepan tanpa dipintas oleh pelajar yang terkebelakang dalam Trial Exam tersebut.
Signal persaingan yang dinyalakan cukup hebat.Selama ini kedudukan No.1 yang diduduki oleh ukhti Masyitah Abdul Majid tidak pernah dijejas oleh pelajar robe' lain,namun shahadah kali ini mencetuskan persoalan kedudukan N0.1 setelah melihat kepada usaha yang dimainkan oleh pelajar robe'.Tambahan lagi,tiap-tiap malam pelajar-pelajar robe' mendirikan solat hajat mendoakan kejayaan mereka.Solat Jemaah bersama adik-adik juga tidak dilupakan sekalipun dihimpit masa.
dan hari ini,20 Julai 2009, Kemerdekaan sebenar telah menyorak riang di hati mereka.Madah akhlak diletak sebagai madah terakhir agar seme pelajar robe' berakhlak mulia belake(kata ustaz laa).Harap-harap gitulaa...Allahu Akbar!
Akhirnya Sidang Editor mendoakan kejayaan kakak-kakak serta abang-abang robe' tsanawi.
21 Julai 2009-Pihak Maahad telah menganjurkan sebuah ceramah bersempena kisah Isra' dan Mi'raj.Ceramah anjuran sekolah ini diadakan di Dewan Besar Banat.Majlis dimulakan pada jam 10.00 malam dan berakhir jam 11.45 malam.
Penceramahnya adalah,Al-fadhil Ustaz Azhar idrus, seorang pendakwah bebas.Kehadirannya ke majlis ini begitu meransang minat para pelajar untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ucapannya..
Sebelum majlis berakhir,para pelajar diberi peluang untuk mengajukan persoalan kepada al-fadhil ustaz.Oleh kerana hampir 10 soalan yang terpaksa dijawab,majlis tersebut berakhir lewat daripada perancangan program.
"Semoga Allah menerima puasa kami semua...Amin"
Sabtu, 4 Julai 2009- pihak Lujnah Ilmiyyah Banat telah menganjurkan sebuah kursus khas untuk pembacaan dan penulisan bahasa jawi.'Kursus Celik Jawi' tersebut telah diadakan di Bangunan Markaz Unit Peti Undi Rusila.
Sebagaimana tahun-tahun yang sebelumnya,Kursus Celik Jawi merupakan inisiatif daripada Lujnah Ilmiyyah bagi memantapkan kemahiran membaca serta menulis Jawi dikalangan pelajar-pelajar baru.
Sasaran kursus ini adalah pelajar-pelajar kemasukan 2009 kecuali Adik-adik Tamhidi yang telah mempunyai kelas Jawi khusus.Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Ustazah Maimun Bte Haji Ibrahim, pengasas Kelas Bimbingan Iqra' Tok Jiring.